Pisau Terpacak Di Leher, Ibu Berpantang 36 Hari Ditemui Mati Bawah Katil
Pisau Terpacak Di Leher, Ibu Berpantang 36 Hari Ditemui Mati Bawah Katil Seorang ibu yang masih dalam tempoh berpantang ditemukan maut dengan kesan tusukan pada leher di dalam sebuah bilik di kediamannya Kampung Beris Panchor, Tawan di Kelantan. Memetik laporan Kosmo, kejadian tersebut berlaku selepas mangsa bercakap dengan suaminya yang bertugas di Kedah menerusi panggilan telefon. Menurut ibu mangsa iaitu Zuraizah Mat, dia juga sempat melihat mangsa mengambil pisau pemotong sayur dan membawanya masuk ke dalam bilik. Selepas bercakap dengan suami, dia tiba-tiba senyap. Hairan sebabkan dia berada lama dalam bilik, saya meminta Wan Muhamad Nasri (adik bongsu mangsa) memeriksa keadaan kakaknya. Tetapi alangkah terkejutnya apabila Wan Muhamad melihat kakaknya berada dalam keadaan berlumuran darah terbaring di bawah katil. Difahamkan, ahli keluarga kemudian mencabut pisau sepanjang 16 sentimeter itu sebelum membawa mangsa ke hospital. Ketika itu, ibu saya sedang mendukung anak kakak yang