Pisau Terpacak Di Leher, Ibu Berpantang 36 Hari Ditemui Mati Bawah Katil

 

Pisau Terpacak Di Leher, Ibu Berpantang 36 Hari Ditemui Mati Bawah Katil



Seorang ibu yang masih dalam tempoh berpantang ditemukan maut dengan kesan tusukan pada leher di dalam sebuah bilik di kediamannya Kampung Beris Panchor, Tawan di Kelantan.

Memetik laporan Kosmo, kejadian tersebut berlaku selepas mangsa bercakap dengan suaminya yang bertugas di Kedah menerusi panggilan telefon. Menurut ibu mangsa iaitu Zuraizah Mat, dia juga sempat melihat mangsa mengambil pisau pemotong sayur dan membawanya masuk ke dalam bilik.

Selepas bercakap dengan suami, dia tiba-tiba senyap. Hairan sebabkan dia berada lama dalam bilik, saya meminta Wan Muhamad Nasri (adik bongsu mangsa) memeriksa keadaan kakaknya.

Tetapi alangkah terkejutnya apabila Wan Muhamad melihat kakaknya berada dalam keadaan berlumuran darah terbaring di bawah katil. Difahamkan, ahli keluarga kemudian mencabut pisau sepanjang 16 sentimeter itu sebelum membawa mangsa ke hospital.

Ketika itu, ibu saya sedang mendukung anak kakak yang baru berusia 36 hari. Kami berdua terkejut apabila melihat keadaan kakak yang sudah berlumuran darah.

Susulan daripada itu, mangsa telah dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Menurut sumber, arwah tidak mengalami sebarang masalah kesihatan selepas bersalin malah sempat membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin ketika ditemui di lokasi kejadian mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. Namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Kenapa Buaya Di Pahang Tidak Makan Orang

Kisah Benar : Isteri Terlanjur Dengan Suami Orang Bermula dari Media Sosial

Ibu Didakwa Lakukan Amang Seksual Pada 2 Anak Lelaki