Posts

Showing posts from March, 2023

CHINA BERMINAT MELABUR DI MALAYSIA

Image
  BEIJING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini mengetuai delegasi Malaysia menghadiri sesi mesyuarat meja bulat bersama pelabur berprofil tinggi dan juga tokoh korporat China. Sesi tertutup yang berlangsung selama kira-kira sejam itu dijangka membuahkan manfaat besar dari segi perdagangan dan pelaburan, khususnya yang membabitkan komitmen pelabur dari China. Selesai sesi meja bulat itu, ia kemudian diikuti dengan Forum Perniagaan Malaysia-China, membabitkan kehadiran 1,000 peserta dari kedua-dua negara yang dihoskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Perdana Menteri juga dijadual menyampaikan ucaptama pada forum berkenaan. Di penghujung forum perniagaan berkenaan, sekurang-kurangnya 19 Memorandum Persefahaman (MoU) akan ditandatangni antara syarikat Malaysia dan China. Di sebelah petang pula, Perdana Menteri akan diraikan rakan sejawatannya, Li Qiang pada upacara sambutan rasmi di Rumah Besar Rakyat di sini. Ia kemudian disusuli dengan mesyuar

UST AZHAR IDRUS SUDAH KELUAR DARI HOSPITAL

Image
  KUALA TERENGGANU - Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dikatakan semakin sihat dan dapat meneruskan aktiviti hariannya selepas keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada 19 Mac lalu. Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat. Foto menunjukkan  Ustaz Azhar  memandu kereta yang dikatakan dirakam di jambatan angkat di Kuala Terengganu itu menarik perhatian dan ramai mendoakan agar beliau terus sihat untuk meneruskan kuliah agama seperti biasa. "Alhamdulillah, makin sihat doh (dah) Murabbi kita. Kami semua mendoakan semoga Ustaz Azhar Idrus diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat ALLAH SWT," tulis Dean Al-Barakah. Sementara itu, menurut sumber rapat pendakwah itu, Ustaz Azhar sudah boleh keluar rumah sejak beberapa hari lalu untuk melakukan aktiviti harian. Namun katanya, berdasarkan saranan doktor yang merawat

Kesilapan peguam punca Najib meringkuk dalam penjara

Image
  Kesilapan peguam punca Najib meringkuk dalam penjara PUTRAJAYA: Kesilapan dilakukan peguam menjadi punca Datuk Seri Najib Razak terpaksa merengkuk dalam penjara, kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli. Abdul Rahman adalah hakim tunggal yang menentang keputusan majoriti panel hakim yang menolak permohonan Najib bagi kebenaran menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapinya. Keputusan itu dibuat empat panel hakim iaitu Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat; Datuk Rhodzariah Bujang; Hakim Datuk Nordin Hassan dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais. Ketika membacakan penghakimannya, beliau berkata, peguam Najib pada ketika itu, Datuk Hisyam Teh Poh Teik tidak mengambil tindakan sewajarnya bagi membela tertuduh. Katanya, ini menyebabkan hanya satu pihak iaitu Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang mengemukakan permohonan di hadapan panel terdahulu. "

PM umum inisiatif tambahan Belanjawan 2023

  PM umum inisiatif tambahan Belanjawan 2023 KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan empat inisiatif tambahan dalam Belanjawan 2023. Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini berkata inisiatif tambahan baharu itu membabitkan bantuan Aidilfitri, melanjutkan pelepasan cukai individu dan berkaitan peruntukan kredit perumahan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP). "Memandangkan keadaan hidup rakyat ini masih terasa, … saya teliti mana kohort yang tidak peroleh manfaat sebelum ini, masih ada masalah terutama pada bulan Ramadan dan Aidilfitri. "Maka saya bersetuju salurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan sebanyak RM200 lagi, tambahan (kepada) apa yang telah diumumkan. Hal ini akan menelan belanja RM170 juta ringgit," katanya. Anwar berkata penambahan terseb

MAHKAMAH KUWAIT JATUHKAN HUKUMAN PENJARA KE ATAS JHO LOW

Image
  KUWAIT CITY - Sebuah mahkamah di Kuwait mensabit kesalahan terhadap ahli perniagaan dalam pelarian, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low secara 'in absentia' (tanpa kehadirannya) pada Selasa atas tuduhan pengubahan wang haram berhubung skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Memetik laporan akhbar Kuwait Al-Qabas, seorang sheikh dengan rakan kongsinya termasuk dua lagi warga asing dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun. Manakala seorang peguam dihukum penjara tujuh tahun atas tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana Malaysia. Justeru, mereka diperintahkan untuk memulangkan AS$1 bilion (RM4.4bilion) selain perlu membayar denda berjumlah KD145 juta (RM2 bilion). Bagaimanapun, akhbar berkenaan tidak mendedahkan nama sheikh terbabit termasuk rakan kongsi mahupun peguam berkenaan. Namun hanya menyebutnya sebagai 'dana Malaysia'. Laporan itu menyebut, ia berkait kes pengubahan wang haram terbesar selain mengenal pasti identiti wang asing itu sebagai Low dan a

NEGARA YANG PUASA PALING LAMA

Image
Negara mana yang berpuasa paling lama dan singkat ? Ramadan terpendek : New Zealand, Argentina dan Afrika Selatan masing-masing akan menjalani tempoh puasa terpendek iaitu selama 11 jam 30 minit. Ramadan terpanjang: Norway, Greenland dan Finland masing-masing akan menjalani tempoh puasa Ramadan terpanjang iaitu selama 20 jam. Waktu berpuasa singkat: Wellington, New Zealand: 11.5 jam Buenos Aires, Argentina: 11.5 jam Cape Town, Afrika Selatan: 11.5 jam Malaysia: 13 jam Singapore: 13.5 jam Dakar, Senegal: 14 jam Bangkok, Thailand: 14 jam Waktu berpuasa normal: New Delhi, India: 15 jam Hong Kong: 15 jam Muscat, Oman: 15 jam Riyadh, Arab Saudi: 15 jam Doha, Qatar: 15 jam Dubai, UAE: 15 jam Kaherah, Mesir: 15.5 jam Baitulmaqdis: 15.5 jam Kuwait City, Kuwait: 15.5 jam Tokyo, Jepun: 16 jam Rabat, Maghribi: 16 jam Islamabad, Pakistan: 16 jam Tehran, Iran: 16 jam Beirut, Lubnan: 16 jam Washington, DC, US: 16 jam Madrid, Sepanyol: 16.5 jam Beijing, China: 16.5 jam Ankara, Turki: 16.5 jam Moscow,

TUN DR MAHATHIR AKAN TERUS TERLIBAT DENGAN POLITIK DEMI RAKYAT

Image
  PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan terus terlibat dalam arena politik memandangkan khidmatnya masih diperlukan oleh rakyat di negara ini. Bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak boleh menolak sekiranya ada pihak memerlukan bantuan beliau atau khidmat nasihatnya demi kebaikan negara. "Demi negara (jika) orang datang minta tolong, mana mungkin saya nak kata maaf tidak boleh tolong pasal saya nak rehat. Saya ada pendapat, (bila diminta) saya sedia beri pendapat," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas laporan media berhubung kenyataan ahli ekonomi Jomo Kwame Sundaram yang memintanya supaya menjadi negarawan dan tidak lagi terlibat dalam politik. Menurut laporan media, Jomo mengatakan beliau telah menasihati Dr Mahathir supaya tidak terlibat politik tetapi telah ditolak oleh bekas perdana menteri tersebut. Dr Mahathir berkata pendapat Jomo itu bersifat peribadi dan menolak nasihat untuk mengundurk

PASSPORT TPM TELAH DIKEMBALIKAN

Image
  PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan pasport antarabangsa dan pasport diplomatik secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi di luar negara.   Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Hanipah Farikullah sebulat suara hari ini membenarkan  permohonan Ahmad Zahid  selepas Mahkamah Tinggi pada 3 Februari lalu yang menolak permohonan beliau untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. Menurut Hanipah, panel berpuas hati bahawa permohonan yang dibuat Ahmad Zahid mempunyai merit.  Turut bersidang, hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Lim Chong Fong. "Mahkamah sudah meneliti hujahan pemohon, oleh itu membenarkan permohonan ini," katanya. Permohonan semakan Ahmad Zahid itu tidak dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob. Sementara itu, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid, ketika ditemui selepas prosiding berkata, jaminan RM2 juta yan

Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia dan Menteri.

Image
  Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia dan Gaji Menteri? Perinciannya boleh anda perhatikan berdasarkan jadual yang dikongsikan seperti di bawah ini : Jawatan dan Perkara Butirannya Perdana Menteri Malaysia RM22826.65 sebulan Timbalan Perdana Menteri Malaysia RM18168.15 sebulan Menteri Malaysia RM14907.20 sebulan Timbalan Menteri-Menteri RM10847.65 sebulan Setiausaha Parlimen RM7187.40 sebulan Ahli Dewan Negara (Parlimen) RM 6508.59 Ahli Dewan Rakyat (Adun) RM 4112.79 Menteri Besar RM14,175.15 Anggota Exco kerajaan negeri RM6,109.29 Elaun-elaun Menteri? Elektrik; minyak; majlis-majlis keramaian; bil telefon; bil air; bil TNB; bercuti; driver; kereta dan lain-lain lagi Semuanya ditanggung

SOLAT TERAWIH 30 RAKAAT DAPAT DUIT RAYA

Image
Masjid At Taqwa Kongsi Balik Pulau menganjurkan Program Kasih Anak-Anak Ramadan yang menawarkan duit raya RM100 untuk kanak-kanak yang berjaya menghabiskan solat tarawih selama 30 hari. BALIK PULAU - Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kariah masjid di negeri ini untuk mengimarahkan masjid terutamanya pada bulan Ramadan. Tidak ketinggalan Masjid At Taqwa Kongsi Balik Pulau yang menganjurkan Program Kasih Anak-Anak Ramadan bermula pada 1 Ramadan lalu. Menurut Pengerusi Kariah Masjid At Taqwa Kongsi, Yuskamarul Anuar Yusop, program yang menawarkan ganjaran duit raya sebanyak RM100 itu baru diperkenalkan pada tahun ini. Katanya, idea penganjuran program itu dicetuskan oleh ahli jawatankuasa (AJK) masjid tersebut dalam usaha menggalakkan orang ramai termasuk kanak-kanak untuk beribadat di masjid. "Ini adalah kali pertama program seperti ini dibuat di masjid ini. Idea dicetuskan oleh AJK masjid dan syukur apabila ada seorang individu yang bermurah hati sudi menyumbang wang untuk menjay

SENANG JADI PM KALAU KERJANYA BERHUTANG UNTUK DIBAYAR RAKYAT

Budaya mewariskan hutang untuk popular perlu dihentikan... video penuh :-  

OPR DIJANGKA NAIK BULAN JULAI

Image
  KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia dijangka hanya menaikkan kadar faedah semalaman (OPR) pada Julai, dan akan mengekalkan paras sedia ada walaupun Rizab Persekutuan AS meningkatkan kadar dasarnya, kata beberapa pakar ekonomi. Mereka berpendapat Bank Negara akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75% pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetarinya pada awal Mei sebelum membuat kenaikan 25 mata asas (bps) pada separuh kedua tahun itu. Selepas Mei, mesyuarat MPC seterusnya akan diadakan pada awal Julai. Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar dana persekutuannya sebanyak 25bps kepada 4.75-5.00 peratus, paras tertinggi sejak September 2007 pada Rabu. Ketua ekonomi dan analisis pasaran Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Bank Negara "sangat bebas" dalam penilaian ekonomi dan keputusan dasar monetarinya. Bank Muamalat, katanya, masih menaruh harapan untuk kenaikan 25 mata asas dalam OPR pada separuh kedua 2023. "Walaupun Feds dijangka le

Dividen Tabung Haji 2022 dijangka sederhana

Image
  Dividen Tabung Haji 2022 dijangka Sederhana JANGKAAN  agihan keuntungan selepas zakat bagi tahun kewangan 2022 yang akan diumumkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) bergantung kepada strategi pelaburan yang dikelolakan oleh pengurus dana TH sepanjang 2022. Ahli Ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak, Prof Barjoyai Bardai berkata, jika dilihat strategi TH sebelum ini yang agak konservatif, pulangan dividen 2022 dijangka sederhana akibat ketidakstabilan pasaran ekuiti global. "Disebabkan pasaran ekuiti (saham) di AS bergolak dan turun, banyak institusi pelaburan telah mengubah strategi mereka untuk meminimumkan risiko daripada memaksimumkan keuntungan. "Ini termasuklah TH yang dilihat bersikap konservatif bagi tahun 2022 (laporan kewangan sehingga September), kerana merasakan adalah lebih baik selamatkan modal dan mendapat keuntungan kecil, daripada cuba memaksimumkan keuntungan tetapi mendedahkan risiko modal yang mungkin hilang,” katanya kepada Bernama. Setakat 30 September, 2

Kelantan, Terengganu Tidak Layak Terima Hasil Petroleum 5 Peratus

Image
  Kelantan, Terengganu tidak layak terima hasil petroleum 5 peratus KUALA LUMPUR - Kelantan dan Terengganu tidak layak menerima hasil petroleum sebanyak lima peratus kerana kedudukan medan pengeluaran adalah terletak di luar 3 batu nautika dari garis air surut wilayah kedua-dua negeri di Pantai Timur itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata, Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) menetapkan setiap negeri mempunyai hak ke atas laut wilayah di pesisir yang berdampingan dengan pantai wilayahnya yang tidak melebihi 3 batu nautika dari garis air surut. "Oleh yang demikian, Perjanjian Pembayaran Wang Tunai (Cash Payment Agreement) yang ditandatangani antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu memperuntukkan Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu boleh diberi pembayaran tunai sebanyak 5 peratus untuk petroleum yang didapati dan diperoleh (won and saved) di Kelantan dan Te

PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA (TUDM)

Image
  Kerjaya Dan Pengambilan Perajurit Muda (TUDM) Minima SPM / SVM layak memohon Tawaran Gaji: SPM / SVM - RM 1,879 SKM Tahap 2 - RM 1,945 SKM Tahap 3 - RM 2,011 Diploma - RM 2,341 Kemukakan Permohonan Anda Sekarang: https://www.sistemguruonline.my/2023/03/kerjaya-dan-pengambilan-tentera-udara-diraja-malaysia.html Saluran Terpantas Pengumuman Rasmi Kerja Kerajaan Swasta: https://t.me/officialpermohonankerja