Cadangan KWSP sebagai cagaran bank langkah wajar-Natizen
Cadangan KWSP sebagai cagaran bank langkah wajar-Natizen
KUALA LUMPUR, 12 Mac - Langkah membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan wang caruman sebagai cagaran pinjaman peribadi, dilihat wajar.
berpandangan ia memberi penyelesaian kewangan kepada pencarum yang berdepan kesempitan wang termasuk memulakan atau meneruskan perniagaan, serta membayar hutang.
"Mereka dapat menunaikan setengah daripada akaun-akaun mereka yang berbentuk pinjaman dibayar balik semula melalui institusi bank.
"Jadi disini kita lihat bahawa simpanan mereka tidak akan terjejas dan kita menyangkakan bahawa keperluan mereka inilah keperluan sementara mereka dan mereka boleh membayar balik secara ansuran kepada pihak bank," katanya ketika dihubungi RTM.
Tambah Dr. Shazali, Bank Negara Malaysia (BNM) juga perlu memastikan caj yang dikenakan oleh bank kepada pencarum tidak lebih daripada dividen yang diberi oleh KWSP agar pencarum masih boleh menyimpan.
"Sebagai contoh, jika dividen itu 5.5 peratus, bank tidaklah boleh caj lebih dari 3 peratus. Mungkin 2.5 peratus setahun secara kadar rata, di sini masih ada berbaki sebanyak 3 peratus yang boleh dimasukkan pada akaun pencarum," katanya.
Dr. Shazali berkata, antara perkara lain yang boleh dipertimbangkan bagi pencarum untuk mendapatkan kelonggaran, termasuk usia dan jumlah baki simpanan KWSP.
Situasi menang-menang juga perlu dinilai bagi memastikan tiada pihak terbeban.
Comments
Post a Comment