Panduan Lengkap Permohonan Pekerjaan Offshore

Ramai yang bertanya bagaimana cara nak memulakan karier di dalam industry oil and gas terutamanya di bahagian Offshore (luar pantai).




Penafian: Artikel ini diterbitkan khusus buat mereka yang baru ingin mengorak langkah dan ingin memulakan pekerjaan mereka didalam bidang Offshore/ Oil & Gas dan mungkin tidak sesuai bagi mereka yang sudah berpengalaman aka otai-otai.

Bagi yang berminat untuk menceburkan diri dalam bahagian offshore ini untuk kali pertama, kursus apa yang wajib anda ambil adalah seperti berikut:

Basic: (harus ada)
1. Offshore Medical (Petronas Approved)
2. Basic Offshore Safety and Emergency Training (BOSET)

Additional:
1. Hydrogen Sulfide (H2S) Course (jika anda di minta turun ke pelantar yang mempunyai H2S level yang tinggi.
2. PTW awareness (Kursus ini wajib jika anda ingin bekerja di pelantar milik Petronas Carigali.


Untuk anda yang baru ingin bermula di bidang offshore, anda harus punya kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Kemahiran anda tersebut harus dibuktikan dengan sijil kompetensi yang sah dan mesti diperolehi dari institusi latihan yang diiktiraf. Jika anda masih bingung atau masih buntu mencari pekerjaan apa yang sesuai dengan bakat yang kalian ada, dibawah ini saya senaraikan jenis-jenis pekerjaan dan jenis-jenis kursus dan sijil kompetensi yang diperlukan untuk entry level.

1. Construction Crew

(A) Rigger - Rigging & Slinging Cource
(B) Scaffolder - Scaffolding Training Course L1 & L2 - DOSH/ CIDB
(C) Painter - Certified Protective Coating Technician (Blaster and/or Painter) Level 1 & Level 2 (PCT L1 and/or L2)
(D) Technical Assistant (TA) - Atleast Diploma dalam bidang berkaitan.
(E) Fire Watcher – Fire Watch Training Course
(F) Welder – 6G (GTAW/SMAW) WQT/WPQ Certificate
(G) Fitter - Pemasangan Paip Gas (Tekanan Tinggi) Tahap 1 & 2
(H) Electrician & Instrument (E&I) - Chargeman & Wireman certificate

2. Catering Crew

(A) Catering Crew - Food Handler course

3. Marine Crew

(A) Able Bodied (AB) 
i) STCW Certification Course,
ii) Rigging & Slinging Course,
iii) Wajib ada buku dan kad yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia.

Selepas anda memiliki dokumen-dokumen yang diperlukan tersebut anda boleh lah mula menghantar resume/ CV anda kepada syarikat-syarikat Oil & Gas yang sedang mencari pekerja di luar pantai atau Offshore melalui email ataupun walk-in.



Comments

Popular posts from this blog

Kisah Kenapa Buaya Di Pahang Tidak Makan Orang

Kisah Benar : Isteri Terlanjur Dengan Suami Orang Bermula dari Media Sosial

Ibu Didakwa Lakukan Amang Seksual Pada 2 Anak Lelaki