TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH DIAWALKAN
Bagi bayaran STR Fasa 2 dijangka akan memanfaatkan penerima pada April 2023.
Bayaran dijangka akan dikreditkan seminggu sebelum Raya.
Jumlah Bayaran Str Fasa 2 2023
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bergantung pada kategori penerima yang bakal memanfaatkannya. Ianya terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu kategori isi rumah, warga emas tiada pasangan dan golongan bujang.
Berikut merupakan kadar jumlah bayaran STR Fasa 2 di mana ianya dikreditkan dan dibayar kepada penerima secara berperingkat seperti pada Rajah di bawah ini:
Semakan Status Bantuan Pembayaran STR Fasa 2
Semakan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 boleh disemak secara atas talian menerusi laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini
Semakan boleh dibuat secara atas talian melalui cara-cara berikut;
- Layari laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan penerima dan klik pada butang “Log Masuk”.
- Kemudian, klik pada butang “Semak”.
- Sahkan kata kunci keselamatan yang dipaparkan.
- Masukkan kata laluan yang betul dan klik pada butang “Log Masuk”.
- Klik pada bahagian “Semakan Permohonan”
- Akhir sekali, status semakan permohonan akan dipaparkan.
Cara Pembayaran Yang Ada Akaun / Tiada Akaun Bank
Sepertimana yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, pembayaran STR ini dibayar kepada penerima dengan dua (2) cara, iaitu pembayaran dikreditkan ke bank akaun sepertimana yang dinyatakan dalam borang permohonan bantuan dan pembayaran secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank.
Bagi individu yang mempunyai bank akaun, mereka akan menerima bayaran STR setiap fasa secara berperingkat dari tarikh yang diumumkan.
Penerima yang mempunyai akaun Bank Simpanan Nasional akan menerima bayaran STR pada peringkat pertama dan diikuti oleh penerima bank akaun lain.
Manakala, bagi individu penerima yang tiada akaun bank, penerima bayaran STR ini boleh membuat tuntutan tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan dengan penerima.
Penerima perlu hadir ke BSN dengan membawa MyKad dan nombor baucar STR yang boleh didapati di bahagian maklumat pembayaran secara atas talian menerusi portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Kenapa Bayaran Bantuan Fasa 2 Diawalkan
Bayaran STR Fasa 1 yang sepatutnya dijadualkan pada Mac 2023 diawalkan pada Januari 2023.
Ianya bertujuan untuk meringankan beban rakyat yang terjejas dengan bencana banjir dan meringakan beban ibu bapa dalam membelanjakan barangan sekolah anak-anak pada awal sesi persekolahan.
Secara tidak langsung, bayaran Fasa 2 akan diawalkan kepada April 2023 yang sepatutnya sebelum ini dijadualkan pada Jun 2023.
Tarikh str fasa 2 ini diawalkan agar dapat memanfaatkan penerima sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba. Hal ini dapat meringankan beban kos perbelanjaan harian menjelang hari perayaan.
3 Kesan Pembayaran Bantuan Fasa Dua Diawalkan
Seramai 8.7 juta penerima daripada golongan B40 akan memanfaatkan bantuan atau sumbangan ini. STR yang telah ditetapkan tarikhnya telah diawalkan daripada tarikh yang sebenarnya. Kesannya, penerima akan menerima manfaat ini lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan.
Secara amnya, STR yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat dapat meringankan beban rakyat.
Secara tidak langsung, rakyat boleh menggunakan sumbangan yang diberikan untuk kegunaan harian serta menampung kos sara hidup harian yang semakin meningkat.
Tambahan pula, STR yang diawalkan tersebut juga boleh digunakan untuk menampung kos bagi individu yang terkesan dengan bencana banjir, bagi tujuan ibu bapa yang ingin membeli barangan persekolahan untuk anak-anak dan sempena menyambut hari perayaan.
Hal ini secara langsung dapat meringankan beban yang ditanggung oleh golongan B40.
Seterusnya, STR merupakan agenda kerajaan yang telah disenaraikan dalam belanjawan negara bagi tahun 2023. Ianya bertujuan untuk meningkatkan ekonomi negara bagi mengurangkan pengangguran dan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat.
Ianya disalurkan selaras dengan matlamat negara bertujuan meningkatkan ekonomi dan sosial negara.
Comments
Post a Comment