Bayi dihurung semut, ditinggal di hentian bas

Bayi dihurung semut, ditinggal di hentian bas




TAIPING - Seorang bayi lelaki disyaki baru dilahirkan ditinggalkan di sebuah hentian bas di Taman Kota Wira Kamunting dekat sini pada Rabu.

Lebih memilukan, bayi berkenaan diletakkan dalam sebuah kotak dengan keadaan anggota badan hanya dibaluti tuala berwarna coklat dan dihurung semut.

-ADVERTISEMENT-

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, kejadian itu disedari seorang wanita sekitar jam 10 pagi ketika memberhentikan kereta di hentian berkenaan.

Menurutnya, semasa turun dari kereta untuk mengambil barang dari bahagian belakang, wanita itu terdengar bunyi bayi menangis sebelum menemui bayi malang tersebut.

"Bayi itu telah dibawa ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Hasil pemeriksaan doktor, bayi berkenaan cukup sifat dan matang dengan berat 2.62 kilogram," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Razlam berkata, pemeriksaan lanjut mendapati, bayi itu mengalami masalah pernafasan laju selain kurang air dalam badan disyaki akibat jangkitan.

"Keadaan bayi berkenaan stabil dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU)," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Kenapa Buaya Di Pahang Tidak Makan Orang

Kisah Benar : Isteri Terlanjur Dengan Suami Orang Bermula dari Media Sosial

Ibu Didakwa Lakukan Amang Seksual Pada 2 Anak Lelaki