Isteri Paksa Suami Cerai Kerana Jumpa Lelaki Yang Boleh Bahagiakan dan Beri Apa Yang Diminta
Isteri Pakse Suami Cerai Kerana Jumpa Lelaki Yang Boleh Bahagiakan dan Beri Apa Yang Diminta
Tanggal 8 Januari 2021 Cik iena dan adik adik dikejutkan dengan berita kurang menyenangkan. Lebih kurang jam 2 pagi, adik lelaki yang tinggal di Kampung call adik lelaki Cik iena seorang lagi. Kebetulan Cik iena bermalam dirumah adik. Jadi Adik terus cerita apa yang adik lelaki cerita.
Menurut adik, Isteri beliau memaksa beliau menceraikannya kerana Isteri telah jumpa seorang lelaki yang mampu memberikan kebahagiaan kepadanya dan menyempurnakan segala keinginan dia. Menurut adik lagi, isteri nya menyalahkan adik beradik Cik iena atas punca curangnya beliau terhadap Suami(adik iena).
Bagi Cik iena ini alasan yang sangat tak masuk akal. Berpunca daripada kes Cemburu, isteri adik sampai curang dekat suami. Cari lelaki lain. Sebenarnya dari sini dah nampak dia bukan perempuan baik. Kalau dia perempuan baik dia takkan curang, dia perlu berusaha memperbaiki hubungan suami isteri . Dia patut tau hukum hakam halal haram. Tapi tak pelik bagi iena sebab iena memang tau dia jenis yang kurang mementingkan agama.
Sampai sekarang Cik iena masih tak boleh terima dengan alasan punca curang adalah adik beradik suami. Perempuan itu menyalahkan kami kerana kami tidak berlaku adil. Kami selalu luangkan masa dengan Adik ipar yang tinggal berdekatan dengan kami.
Kami ni tiga beradik sahaja duduk jauh diperantauan. jauh dari keluarga manakala adik sorang lagi dan perempuan ni duduk dekat kampung. Dekat dekat rumah mak iena. Boleh bayangkan takkan lah selepas keluar dengan adik ipar dekat sini iena wajib keluar dengan adik ipar di kampung. teruk betul cemburu diaa.
Bila kami beli kasut sama pun dia cemburu. Marah sampai tahap bergaduh sangat teruk dan paksa suami beli kasut sehinggakan kami terpaksa naik genting highland untuk beli kasut isteri adik bahkan kami kongsi bayar harga kasut dia. Bukan biasa biasa dia nak. kasut NIKE yang mahal.Kami tau adik kami tak mampu, duit tak cukup jadi kami tambah duit bagi Cukup. Tapi Isteri adek takde rasa malu dan tak berterima kasih pun. Sebenarnya Cik iena pelik dengan sikap dia. Orang kata mungkin sebab dia anak tunggal. maka sebab itu dia tak boleh berkongsi kasih. Perlu lebih pada dia. Tapi ramai je anak tunggal diluar sana yang elok perangainya. Yang tak cemburu tak tentu pasal macam ni.
Pada Cik iena kalau nak cemburu suami ada kawan perempuan lain ke itu normal ini luar biasa cemburu. Cemburu KAKAK IPAR rapat dengan BIRAS dia. Ingatkan dalam drama je IPAR DUAI dengki mendengki. RUpanya wujud dialam nyata.
Tapi kes ni hanya perempuan yang dah curang tu je ada perangai pelik cemburu dan dengki. Adik ipar sorang lagi tak de cemburu dan sentiasa berfikiran positif bahkan dia selalu cool kan iena supaya tak marah si perempuan curang ni. Mesti dia akan cakap Sabar lah kak, Aten tu muda lagi tak matang.
Sedih teramat sedih bila orang buat adik lelaki iena macam ni. Adik iena tu penyabar orangnya dan baik. Dah terjadi macam ni dia masih bersabar dan masih mengharapkan perkahwinan ini diteruskan. Kalau lelaki lain tau isteri Curang dah diceraikan terus. Adik iena berfikir panjang. Dia sayang anak dia. Dia taknak anak dia jadi mangsa penceraian. tambah lagi Bini dia memang dari broken family (mak ayah bercerai). Jadi taknak lah jadi pada anak dia. Anak-anak broken family ni kebiasaannya akan ade sedikit masalah sebagai contoh depan mata bini adik lah.
Ouh ya satu lagi alasan tak munasabah perempuan tu cakap adik iena tak bagi nafkah. Cik iena taktau apa yang dimaksudkan nafkah disini. Setahu Cik iena semua duit gaji adik habis pada keluarga dia anak bini dia. Sampaikan setiap hujung bulan pinjam duit adik beradik semata mata untuk penuhi permintaan isteri.
Isteri beliau seorang suri rumah. Alasan tidak bekerja adalah sakit pinggang dan tak percaya nak bagi pengasuh jaga anak. Komen Cik iena untuk sakit pinggang tu macam kurang logik sebab bila berjalan Cik iena tengok elok je dia. Pergi bercuti dengan kawan-kawan pun tengok elok bahagia. Boleh je cari kerja yang bersesuaian. Manakala komen untuk pengasuh. tak semua pengasuh jahat. Kawan iena ramai je hantar anak pada pengasuh. Elok sihat anaknya. Pada iena dia tak percaya pengasuh adalah kerana sikap dia sendiri.
Dia pun sejenis bagun tengah hari walau dah ada anak. Banyak kali juga kami datang secara mengejut ke rumah dia. Dia masih tidur padahal sudah jam 11 tengah hari. Sampaikan ada satu masa tu pintu tak berkunci. Kami suruhArif naik atas kejutkan perempuan ni. Yaa itu salah satu sebab juga kan. tak percaya orang sebab diri sendiri macam tu. Kalau kami datang ke rumah dia pun dia tak masak. Dia akan call suami dia balik suruh beli lauk siap masak.
Mungkin ada yang pelik kenapa request cerai tapi masih bersama di majlis hari jadi anak pada 8 Januari 2021 malam. Ini kerana ianya permintaan keluarga perempuan. Mungkin taknak malu kantoi perempuan tu minta cerai sebab curang, Untuk pengetahuan adik beradik kami tidak diundang ke majlis ini. hanya mak abah diundang. iena tau adik lelaki bagi alasan PKP. Tapi hakikatnya bukan sebab tu. Sebab perempuan curang tu tak suka kami dan dia sendiri menyalahkan kami sebagai punca dia berlaku curang kepada kami. Nak kredit dosa curang sama sama dengan kami lah padahal dia yang buat dosa.
Selepas majlis tersebut adik lelaki pergi kerja dan terus balik rumah mak iena. Mereka tak tinggal sebumbung.Ini pilihan yang bagus buat masa ni jangan tinggal sebumbung. Pada awalnya Cik iena suruh adik bersabar sebab bini dia tak matang dan anak tunggal yang manja. Memang kena banyak bersabar. Tapi selepas tanggal 9 Jan 2021 pagi cik iena dapat whats app dari adek lelaki suruh stop cakap pasal dia. Cik iena jadi benci dia.
Cik iena cuma terlepas dalam story masa wish birthday deqnor bagi tau kepada bangcik keep strong. iena tau dia kuat dan perempuan tu takkan jumpa lelaki penyabar macam adik. itu je iena punya story. Tapi adik ipar yang dah block semua akaun iena tu stalk insta iena. Stalker giler dah block kita guna fake acc tengok story kita. Sebenarnya dia yang tak boleh move on ni menyibuk tengok story orang.
Comments
Post a Comment