“Kami Belum Bertunang” – Teman Wanita Suspek Bunuh Wanita Hamil Buka Mulut, Puji Kekasih ‘Lelaki Baik’
“Kami Belum Bertunang” – Teman Wanita Suspek Bunuh Wanita Hamil Buka Mulut, Puji Kekasih ‘Lelaki Baik’
Menerusi video tersebut, wanita itu mendakwa dirinya bukan tunang seperti didakwa ramai sebaliknya hanya teman wanita.
Pada 22 Mei lalu, negara digemparkan dengan berita seorang wanita yang dibunuh dengan kejam oleh teman lelakinya.
Dalam kejadian tersebut mangsa dipercayai telah ditikam serta ditoreh sebanyak dua kali sebelum dibakar kerana perselisihan faham tentang kehamilannya.
Sebelum kejadian berlaku mangsa telah dibawa ke kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor.
Namun di sebalik laporan media, terdapat dakwaan mengatakan mangsa bukanlah kekasih lelaki berkenaan tetapi mereka hanya menjalinkan hubungan sulit.
Suspek juga didakwa telah mempunyai seorang tunang yang mana foto mereka tular di media sosial.
Wanita dakwa diri teman wanita suspek
Ekoran daripada insiden tersebut, seorang wanita tampil mendakwa dirinya adalah teman wanita kepada suspek.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, wanita itu bagaimanapun menjelaskan bahawa dia bukan tunang seperti yang didakwa oleh orang ramai.
“Salam semua, saya bukan tunang dia, saya hanya teman wanita dia. Walaupun betul sekalipun dia bersalah, nak tak nak kita kena telan juga.
“Biarkanlah apa yang terjadi pengajaran dan iktibar untuk semua perempuan dekat luar sana.
“Untuk A****n (suspek) terima kasih ya, aku dah maafkan semuanya,” tulis wanita itu.
Menerusi ruangan komen, wanita itu turut mendakwa suspek ada seorang lelaki yang baik.
Jelasnya dalam satu respon balas kepada seorang individu lain, mungkin keadaan yang memaksa teman lelakinya itu berbuat demikian.
“Dia baik sangat kak, sangat baik. Cuma mungkin keadaan yang memaksa dia pilih jalan macam ini.
“Kita takk ada dalam keadaan dia dan arwah pun.”
Comments
Post a Comment