Dua beradik maut kemalangan

 

Dua beradik maut kemalangan



Kuantan: Dua beradik maut selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan lori tangki minyak di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran lampu isyarat Felda Lepar Hilir di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dua mangsa terbabit, Siti Mazurah Zulkifli, 30, dan Siti Nur Alia Saffiyah, 18, meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, berdasarkan laporan, kemalangan berlaku membabitkan dua kenderaan, kira-kira 11 malam.

"Siasatan awal mendapati, lori yang membawa muatan bahan api petroleum dari arah Muadzam Shah menuju ke sebuah stesen minyak di Gambang.

"Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu lori dipercayai hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu memasuki ke laluan bertentangan lalu melanggar Proton Wira dari arah bertentangan.

"Akibat kemalangan itu, dua mangsa yang menaiki Proton Wira itu maut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kerana kecuaian pemandu lori berusia 31 tahun yang gagal mengawal kenderaannya sehingga mengakibatkan kemalangan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Kenapa Buaya Di Pahang Tidak Makan Orang

Kisah Benar : Isteri Terlanjur Dengan Suami Orang Bermula dari Media Sosial

Ibu Didakwa Lakukan Amang Seksual Pada 2 Anak Lelaki