Guru maut, tersepit dalam Viva

 

Guru maut, tersepit dalam Viva



TEMERLOH - Seorang guru maut akibat tersepit dalam kereta selepas terlibat dalam nahas dua buah kenderaan di Jalan Temerloh-Mentakab di sini pada Rabu.

Mangsa, R Ganasan, 44, yang bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil(SJKT) Jerantut meninggal dunia di tempat kejadian.

-ADVERTISEMENT-

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, nahas melibatkan kereta jenis Perodua Viva yang dipandu mangsa dan sebuah lori balak tanpa muatan.

Menurutnya pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.39 pagi.

"Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh dikerahkan ke tempat kejadian bersama dua jentera.

"Sampai di lokasi didapati benar berlaku kemalangan melibatkan lori balak tanpa muatan yang melanggar kereta terbabit.

 "Terdapat seorang mangsa yang tersepit dalam kereta tersebut dan pemandu lori hanya mengalami kecederaan ringan.

"Pemandu kereta Viva telah meninggal dunia di tempat kejadian dan disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," kata beliau dalam kenyataan pada Rabu.

Ujar Zulfadli, anggota bomba membuat kerja kerja-kerja mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat.

Tambah beliau, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


Comments

Popular posts from this blog

Kisah Kenapa Buaya Di Pahang Tidak Makan Orang

Kisah Benar : Isteri Terlanjur Dengan Suami Orang Bermula dari Media Sosial

Ibu Didakwa Lakukan Amang Seksual Pada 2 Anak Lelaki