Jual tanah kerajaan bernilai RM29 juta pada harga RM550,000

 

Jual tanah kerajaan bernilai RM29 juta pada harga RM550,000



Dungun: Pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said mencabar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar untuk berdebat berhubung isu penjualan tanah kerajaan negeri kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ahmad berkata, tindakan menteri besar itu tidak betul kerana menjualkan tanah itu dengan harga sangat rendah.

"Saya nak tanya betul ke tidak betul, nilai semasa tanah itu bernilai RM29 juta dan diberi kepada NGO dengan harga RM 550,000.

"Bagi saya itu pengkhianatan, dan saya cabar Menteri Besar (Ahmad Samsuri) berdebat dengan saya.

"Saya pernah kerja sebagai Penolong Pegawai Daerah bahagian tanah, saya tandatangan beribu-ribu keping geran tanah, saya tahu undang-undang dan peraturan tanah," katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Negeri (PRN) Barisan Nasional (BN) Parlimen Dungun, malam tadi.

Ahmad berkata, selepas kekalahan BN dalam Pilihan Raya Umum pada 1999, pemerintahan Pas memberi tanah itu kepada sebuah koperasi dan selepas BN kembali memerintah pada 2004, tanah itu diambil semula dengan nilai RM6.7 juta.

"Kalau nilai tanah itu RM6.7 juta, premium yang dikenakan kira-kira lapan peratus nilai standard. Apatah lagi dia (kerajaan Pas) nilai tanah itu RM5.5 juta dan arah tanah itu dibayar sebanyak RM550,000

"Sedangkan nilai semasa tanah itu kini adalah RM29 juta. Adakah itu ikut peraturan ? (Sepatutnya tanah) Nilai RM29 juta kamu beri hanya RM550,000... mana modal kerajaan? Ini duit rakyat, pengkhianat pada rakyat.

"Begitu juga dengan soal penjualan balak, penender masuk tender RM6,000 kamu bagi kepada penender yang masuk RM2,000," katanya.

Beliau berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan segera berhubung beberapa pendedahan itu.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Kenapa Buaya Di Pahang Tidak Makan Orang

Kisah Benar : Isteri Terlanjur Dengan Suami Orang Bermula dari Media Sosial

Ibu Didakwa Lakukan Amang Seksual Pada 2 Anak Lelaki