Mahkamah Rayuan Perancis tolak tuntutan Kumpulan Sulu terhadap Malaysia

Mahkamah Rayuan Perancis tolak tuntutan Kumpulan Sulu terhadap Malaysia

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Perancis hari ini mengekalkan keputusan menolak penguatkuasaan 'Partial Award' kepada kumpulan mendakwa sebagai waris Sulu yang sebelum itu diputuskan penimbang tara, Dr Gonzalo Stampa pada 2020.

Keputusan itu memberikan kemenangan muktamad kepada Malaysia untuk menegakkan undang-undang, sekali gus menolak tuntutan tidak masuk akal dikemukakan Kumpulan Sulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata melalui keputusan mahkamah itu, ini bermakna pihak yang menuntut itu tidak lagi boleh bergantung kepada keputusan salah yang dibuat di Perancis pada Februari 2022 atas apa-apa tujuan.

Katanya, Mahkamah Rayuan Paris juga mendapati penimbang tara itu terkhilaf dalam bidang kuasanya.

"Ia adalah keputusan yang muktamad dan utama, kemenangan untuk Malaysia menegakkan undang-undang, yang menyebabkan kekalahan kepada pihak penuntut dan pembiaya mereka.

"Salah satu strategi kasar yang dilakukan penuntut menerusi 'Partial Award' itu adalah menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis (termasuk sebahagian kedutaan).

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Kenapa Buaya Di Pahang Tidak Makan Orang

Kisah Benar : Isteri Terlanjur Dengan Suami Orang Bermula dari Media Sosial

Ibu Didakwa Lakukan Amang Seksual Pada 2 Anak Lelaki