Mayat bayi ditemukan terapung di laut tanpa pakaian

 

Mayat bayi ditemukan terapung di laut tanpa pakaian



Kota Kinabalu: Mayat bayi masih belum dikenal pasti jantina ditemukan terapung di laut di perkampungan atas air, Kampung Tanjung Aru Lama, di sini, petang tadi.

Bayi malang itu ditemukan 6.30 petang oleh penduduk kampung yang melalui jambatan kayu di kampung berkenaan sebelum bertindak menghubungi polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan Kalsom Idris berkata, sebaik menerima laporan mengenai penemuan mayat bayi terbabit, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian untuk siasatan.

Katanya, bayi itu ditemui terapung tanpa pakaian di laut dekat jambatan di perkampungan atas air berkenaan.

"Siasatan awal mendapati bayi itu dipercayai baru dilahirkan namun setakat ini belum ada apa-apa maklumat lanjut mengenai kejadian itu.

"Bayi terbabit juga disyaki dibuang ke laut selepas dilahirkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kalsom berkata, mayat bayi dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.

"Setakat ini jantina bayi belum dapat dipastikan dan akan diketahui selepas bedah siasat," katanya.

Katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengesan suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta supaya menghubungi Ibu Pejabat Daerah Kota Kinabalu atau balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Kenapa Buaya Di Pahang Tidak Makan Orang

Kisah Benar : Isteri Terlanjur Dengan Suami Orang Bermula dari Media Sosial

Ibu Didakwa Lakukan Amang Seksual Pada 2 Anak Lelaki