Pemuda OKU Dibuang Keluarga Kandung, Pembantu Rumah Bawa Balik & Jaga Macam Anak Sendiri

 

Pemuda OKU Dibuang Keluarga Kandung, Pembantu Rumah Bawa Balik & Jaga Macam Anak Sendiri



Pemuda dari Taiwan yang dikenali sebagai Sha Wang, 26, merupakan OKU Sindrom Down. Tetapi apa yang menyedihkan, dia dibenci oleh keluarganya sendiri sehingga mereka pernah cuba menyuntik bahan berisiko yang mampu menamatkan hayatnya.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu turut disaksikan oleh pembantu rumah pasangan ini iaitu Siti Aisyah. Setelah enam tahun, Aisyah yang tidak sanggup melihat penderitaan Sha Wang akhirnya nekad membawa pemuda itu pulang ke Indonesia untuk hidup bersamanya dan keluarga.

Meskipun Aisyah bergelut dengan masalah kewangan, namun dia tetap bekerja keras demi menyara Sha Wang dan tiga anaknya yang lain.

Pembantu rumah difitnah

Selama empat tahun, Aisyah membesarkan anak majikannya itu tanpa gaji. Ujar Aisyah lagi, kos perbelanjaan Sha Wang termasuk lampin pakai buang, ubat-ubatan dan sebagainya mencecah RM1000 sebulan namun itu bukanlah alasan untuk dia mengabaikan Sha Wang.

Tetapi lain pula yang berlaku apabila media di Taiwan melaporkan bahawa Aisyah menjaga Sha Wang kerana duit dan kononnya dia telah diberi upah berjumlah RM464,628. Aisyah akui, sebelum ini dia memang ada menerima wang daripada mendiang ayah Sha Wang tetapi jumlah tersebut tidaklah sebanyak seperti yang dihebohkan.

Katanya lagi, duit yang diterima itu juga telah habis digunakan untuk keperluan anak istimewa itu. Namun selepas kematian ayah Sha Wang beberapa tahun lalu, Aisyah langsung tidak menerima apa-apa duit daripada keluarga Sha Wang di Taiwan. Semua perbelanjaan Sha Wang ditanggungnya sendiri hasil daripada perniagaan kedai runcitnya.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Kenapa Buaya Di Pahang Tidak Makan Orang

Kisah Benar : Isteri Terlanjur Dengan Suami Orang Bermula dari Media Sosial

Ibu Didakwa Lakukan Amang Seksual Pada 2 Anak Lelaki