Persahabatan 2 remaja berakhir di satu liang kubur

 Persahabatan 2 remaja berakhir di satu liang kubur



JERANTUT – Dua remaja berusia 13 tahun yang lemas di Sungai Putat kelmarin merupakan sahabat karib sejak kecil dan menetap di kampung sama iaitu di Kampung Sungai Putat di sini.
Dalam kejadian itu, mangsa Muhamad Safwan Mohamad Zamri dan Mohamad Hanapi Romzi ditemui lemas di Sungai Putat pada pukul 5.40 petang selepas mandi di sungai berkenaan pada pukul 11 pagi.
Bapa Mohamad Safwan, Mohamad Zamri Shamsuddin, 47, berkata. anaknya berkawan rapat Mohamad Hanapi sejak kecil termasuk belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah yang sama.
Dia berkata, ketika kejadian, dia tiada di rumah kerana keluar bekerja dan diberitahu oleh penduduk kampung mengenai kejadian menimpa anaknya itu kira-kira pikul 3 petang.
Menurutnya lagi, kali ter­akhir dia berjumpa dengan anak­nya ialah pada malam sebelum ­kejadian, namun tiada perkara pelik dilakukan oleh Mohamad Safwan.
Namun katanya, anak kedua daripada tiga beradik itu kelihatan mendiamkan diri dan kurang bercakap, tetapi dia enggan bertanya mengenai perubahan tersebut.
“Rupa-rupanya perubahan yang berlaku sebelum kejadian antara petanda Muhamad Safwan akan meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lama­nya,” katanya.
Mohamad Zamri menambah, anaknya akan dibawa pulang untuk disemadikan satu liang kubur bersama rakannya, Mohamad Hanapi selepas selesai bedah siasat di Unit Forensik Hospital Jerantut.
Dalam pada itu, bapa kepada Mohamad Hanapi, iaitu Romzi Jusoh, 47, juga mengakui kedua mangsa juga merupakan sahabat baik dan sering keluar bersama ketika bermain dan aktiviti lain di kampung.
“Anak saya merupakan pelajar orang kelainan upaya (OKU) kerana masalah pembelajaran.
“Dia baru sahaja bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damak untuk tinggal bersama emak saudaranya.
“Walaupun sudah bertukar sekolah, anak saya tetap pulang ke Sungai Putat pada waktu cuti minggu untuk bertemu dengan Muhamad Safwan dan rakan-rakan lain untuk bermain dan me­nyertai aktiviti di kampung ini,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Kenapa Buaya Di Pahang Tidak Makan Orang

Kisah Benar : Isteri Terlanjur Dengan Suami Orang Bermula dari Media Sosial

Ibu Didakwa Lakukan Amang Seksual Pada 2 Anak Lelaki