Tangkap Suami Checkin Dengan Lelaki, Wanita Gembira Mahkamah Sahkan Penceraian

 

Tangkap Suami Checkin Dengan Lelaki, Wanita Gembira Mahkamah Sahkan Penceraian





Kata orang, kita hanya benar-benar mengenali peribadi pasangan kita selepas berkahwin dan tidur sebantal. Namun siapa sangka bagi wanita bernama Meylisa Zaara, dia malah mengetahui sisi gelap suaminya yang benar-benar mengejutkan hinggakan rumah tangganya menjadi goyah.

Selepas kahwin, suami kerap mengelak & akan marah ketika disentuh

Sekitar September tahun lalu, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis yang cukup mewah. Namun hanya selepas 2 bulan bernikah, Meylisa pelik dengan perubahan sikap suaminya yang tidak suka didekati apalagi disentuh. Walhal ketika zaman bercinta, lelaki itu melayaninya dengan cukup baik. Akhirnya segala pekung terbongkar, si suami rupanya mempunyai skandal yang merupakan golongan ‘sejenis’.


Rakan baik suami adalah pasangan skandal ‘sejenis’

Paling menyedihkan, ‘orang ketiga’ itu merupakan kawan baik kepada suaminya sendiri yang juga menjadi salah seorang saksi ketika acara ijab kabul mereka dijalankan. Selain menjumpai bukti chat mesra, Meylisa juga pernah berkali-kali menangkap mereka check-in di hotel. Enggan lagi terus dikhianati, dia sudah memfailkan tuntutan cerai untuk ‘bebas’ daripada lelaki tersebut.


Hidup aku lebih bahagia sekarang…Semoga di masa hadapan tidak salah pilih lagi

Setelah lebih 5 bulan berjuang dan menghadiri 11 kali persidangan, Meylisa menzahirkan rasa syukur pihak mahkamah akhirnya mengesahkan penceraian mereka. Sambil berjalan memasuki kereta, dia tidak dapat menyembunyikan kegembiraan yang terpancar di wajah. Pasrah dengan ketentuan Ilahi, selepas ini dia akan bangkit dengan semangat baru.



Comments

Popular posts from this blog

Kisah Kenapa Buaya Di Pahang Tidak Makan Orang

Kisah Benar : Isteri Terlanjur Dengan Suami Orang Bermula dari Media Sosial

Ibu Didakwa Lakukan Amang Seksual Pada 2 Anak Lelaki