Wanita Hamil 7 Bulan Temui Ajal Dikelar Bapa Mentua Kerana Ajakan Untuk Bersama Ditolak
Wanita Hamil 7 Bulan Temui Ajal Dikelar Bapa Mentua Kerana Ajakan Untuk Bersama Ditolak
Entah syaitan yang merasuki diri, seorang lelaki berusia 52 tahun dilaporkan tergamak mengakhiri hayat menantu perempuannya yang sarat hamil 7 bulan. Kejadian pilu itu telah berlaku di Pelembang, Indonesia pada 31 Oktober lalu kira-kira jam 4 petang.
Kesal ajakan bersama ditolak
Menurut portal Detik Sumsel, Khoiri dipercayai mengajak Fitria, 23, untuk melakukan hubungan badan terlarang meskipun ia jelas-jelas bertentangan dengan syarak. Walau bagaimanapun, tindakan Fitria menolak kehendak gila itu telah membuatkan Khoiri menjadi marah sehingga hilang pertimbangan diri.
Khoiri melarikan diri ke rumah jiran setelah menganiaya Fitria
Menggunakan satu alatan yang diambil dari dapur, suspek melakukan ‘penganiayaan’ pada bahagian leher menantunya sebelum melarikan diri ke rumah jiran. Bertindak menyorok dan mengunci diri dalam sebuah bilik, awalnya penduduk kampung yang sudah berkerumun di luar tidak berani untuk mendekati suspek.
“Fitria pendiam macam ayahnya. Sebelum ini, Fitria tidak pernah bercinta. Dia anak yang menurut kata. Perkahwinannya pun saya yang jodohkan” – Ibu Fitria
Fitria kerap minta maaf sejak sebulan lalu
Tak lama kemudian, pihak polis datang untuk memberkas Khoiri yang ketika itu cuma mengenakan seluar pendek. Mereka turut menemukan alatan dipakai olehnya yang disorokkan bawah sebuah bantal berwarna biru. Meskipun berjaya dibawa ke pusat rawatan, namun Fitria dan bayi dalam kandungan tidak sempat diselamatkan ekoran bleeding teruk di bahagian leher. Jelas ibunya iaitu Puan Nurul, Fitria tidak pernah meluahkan apa-apa masalah dan sememangnya bersikap pendiam. Namun sejak sebulan lalu, wanita hamil itu dikatakan kerap meminta maaf meskipun tidak melakukan kesalahan. Siapa sangka ia seakan petanda bahawa dia bakal kembali ke negeri abadi.
Comments
Post a Comment