Posts

Showing posts from May, 2023

Bayi dihurung semut, ditinggal di hentian bas

Image
Bayi dihurung semut, ditinggal di hentian bas TAIPING - Seorang bayi lelaki disyaki baru dilahirkan ditinggalkan di sebuah hentian bas di Taman Kota Wira Kamunting dekat sini pada Rabu. Lebih memilukan, bayi berkenaan diletakkan dalam sebuah kotak dengan keadaan anggota badan hanya dibaluti tuala berwarna coklat dan dihurung semut. -ADVERTISEMENT- Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, kejadian itu disedari seorang wanita sekitar jam 10 pagi ketika memberhentikan kereta di hentian berkenaan. Menurutnya, semasa turun dari kereta untuk mengambil barang dari bahagian belakang, wanita itu terdengar bunyi bayi menangis sebelum menemui bayi malang tersebut. "Bayi itu telah dibawa ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan lanjut. "Hasil pemeriksaan doktor, bayi berkenaan cukup sifat dan matang dengan berat 2.62 kilogram," katanya kepada pemberita pada Rabu. Razlam berkata, pemeriksaan lanjut mendapati, bayi itu mengalami masalah pernafasan la

Kisah Benar : Isteri Terlanjur Dengan Suami Orang Bermula dari Media Sosial

Image
Kisah Benar : Isteri Terlanjur Dengan Suami Orang Bermula dari Media Sosial Saya seorang isteri, berusia 24 tahun dan baru berkahwin bulan Julai 2014 yang lalu. Sebelum berkahwin saya telah jatuh cinta dengan suami orang yang berusia 39  tahun. Dia juga telah mempunyai 4 orang anak. Semasa isterinya mengandungkan anak ke 4, kami mula berkenalan melalui aplikasi WeChat. Semasa berkenalan, secara jujur, dia mengakui bahawa dia adalah suami orang  dan bapa kepada anak-anak kesayangan. Memang saya tiada masalah, kerana sekadar kawan-kawan biasa sahaja… Dia terus menerus menghubungi saya sehingga saya jatuh cinta padanya dalam masa tidak sampai 2 bulan. Bermula dari situ kami saling mencintai dan menyayangi. Dia  kerja offshore dan cuma balik darat setiap 2 bulan. Masa dia nak balik, kami telah mengatur pertemuan sulung kami di sebuah hotel. Hati sungguh berdebar-debar kerana  itu adalah kali pertama kami bersemuka. Sebelum ini kami hanya video call sahaja sepanjang dia berada di laut… Kali

Buang Hantu: Gadis Dicabul Bomoh

Image
  Buang Hantu: Gadis Dicabul Bomoh SABAK BERNAM – Kononnya ingin membuang hantu dalam badan bapa, sebaliknya anak perempuan lelaki itu pula menjadi mangsa cabul seorang bomoh di sebuah rumah taman perumahan di Sabak Bernam, malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu berlaku sewaktu bapa mangsa berusia 46 tahun mendapatkan rawatan tradisional selepas mengadu sakit perut. Menurutnya, sebaik tiba di rumah ustaz itu, lelaki yang turut membawa anak perempuannya berusia 15 tahun itu diarahkan suspek baring dengan keseluruhan badannya ditutup dengan kain dan menutup lampu rumah berkenaan. “Suspek kemudiannya memberitahu kepada bapa mangsa hantu di dalam badannya itu telah berpindah ke badan anaknya (mangsa) dan menyuruh pelajar tingkatan tiga itu baring diruang tamu rumah dengan ditutupi kain,” katanya kepada Sinar Harian. Noor Mushar berkata, suspek kemudiannya mengarahkan bapa mangsa bangun dan duduk di

[VIDEO] Isteri Serbu Bilik Hotel, Nampak Suami Sedang Berasmara Bersama Perempuan Lain Atas Katil

Image
  [VIDEO] Isteri Serbu Bilik Hotel, Nampak Suami Sedang Berasmara Bersama Perempuan Lain Atas Katil Viral di media sosial (negara jiran) video yang menunjukkan seorang wanita bersama dengan beberapa individu menyerbu suaminya yang sedang asyik bermadu asmara dengan wanita lain di dalam bilik hotel. Serbuan itu turut dirakam oleh si isteri yang menunjukkan dia mengamuk sambil memukul pasangan curang itu di mana wanita perampas itu dipercayai adalah rakannya sendiri. Ketika diserbu, kelihatan wanita perampas itu memakai pakaian tidur tanpa memakai seluar dalam. Sementara lelaki terbabit baring di katil dan terkejut apabila melihat isterinya masuk ke dalam bilik tersebut. Kecewa dengan apa yang dilihat, si isteri menarik rambut dan memukul si perampas termasuk suaminya bertubi-tubi sambil menjerit. Menurut sumbber, kejadian itu berlaku di Pontianak, Kalimantan Barat, pada hari ini, 2 Jun 2021. “Di sini rupanya kau. Di hotel rupanya ya dengan perempuan anjing ini?! Sial kau ni! Biar kau ma

Kisah Benar : Hancur Hati Isteri Apabila Suami Curang Berduaan Dalam Rumah Dengan Budak Sekolah Menengah

Image
  Kisah Benar Hancur Hati Isteri Apabila Suami Curang Berduaan Dalam Rumah Dengan Budak Sekolah Menengah "Suami Selalu Bawak Anak ke Tingkat Atas, Rupa-Rupanya.." | Saya ingin kongsikan satu kisah untuk semua yang belum atau yang sudah berkahwin. Saya kenalkan diri saya sebagai Ara, umur lewat 20'an.  Kisahnya begini, saya berkahwin dengan suami atas dasar cinta, suka sama suka. Suami yang masuk meminang walaupun saya belum bersedia. Tetapi saya fikir positif, mungkin sudah smapai jodoh saya sebab setiap kali berdoa, saya ingin tamatkan zaman bujang di umur 25 tahun.  Kisah ini dipetik menerusi Facebook Kisah Rumah Tangga. Luahan Isteri Suami Skandal Dengan Budak Baru Habis Sekolah Allah makbulkan, saya bertuah mempunyai suami yang agak kacak, kulit sawo matang, hidung mancung, berlesung pipi. Ada juga orang kata wajah di seiras Dafi, adakalanya seperti Adi Putra. Tetapi bagi saya, saya mencintai dia bukan kerana rupa.  Awal perkahwinan kami sangat bahagia. Kami belajar m

“Kami Belum Bertunang” – Teman Wanita Suspek Bunuh Wanita Hamil Buka Mulut, Puji Kekasih ‘Lelaki Baik’

Image
  “Kami Belum Bertunang” – Teman Wanita Suspek Bunuh Wanita Hamil Buka Mulut, Puji Kekasih ‘Lelaki Baik’ Menerusi video tersebut, wanita itu mendakwa dirinya bukan tunang seperti didakwa ramai sebaliknya hanya teman wanita. Pada 22 Mei lalu, negara digemparkan dengan berita seorang wanita yang dibunuh dengan kejam oleh teman lelakinya. Dalam kejadian tersebut mangsa dipercayai telah ditikam serta ditoreh sebanyak dua kali sebelum dibakar kerana perselisihan faham tentang kehamilannya. Sebelum kejadian berlaku mangsa telah dibawa ke kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor. Namun di sebalik laporan media, terdapat dakwaan mengatakan mangsa bukanlah kekasih lelaki berkenaan tetapi mereka hanya menjalinkan hubungan sulit. Suspek juga didakwa telah mempunyai seorang tunang yang mana foto mereka tular di media sosial. Wanita dakwa diri teman wanita suspek Ekoran daripada insiden tersebut, seorang wanita tampil mendakwa dirinya adalah teman wanita kepada suspek. Men

AHLI PERNIAGAAN DITIPU RM500K DENGAN TAWARAN DARJAH "DATUK SERI"

Image
  AHLI PERNIAGAAN DITIPU RM500K DENGAN TAWARAN DARJAH "DATUK SERI" Scammer itu memaklumkan tiada bayaran dikenakan bagi anugerah darjah kebesaran tersebut tetapi mangsa hanya perlu membuat sumbangan bagi ‘program-program istana’. Seorang lelaki berusia 63 tahun mendakwa telah mengalami kerugian sebanyak RM571,000 selepas menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai ‘Datuk Pengelola Bijaya Istana Pahang’ pada pertengahan Februari lalu. Suspek dikatakan menelefon mangsa yang juga merupakan seorang kontraktor dan menawarkan tawaran darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’. Suspek berkata masih terdapat enam kuota lagi bagi memenuhi kekosongan anugerah kebesaran tersebut. Mangsa Salur RM571,000 Melalui 32 Transaksi Scammer itu memaklumkan tiada bayaran dikenakan bagi anugerah darjah kebesaran tersebut tetapi mangsa hanya perlu membuat sumbangan bagi ‘program-program istana’. Teruja dengan tawaran yang diberikan, mangsa bersetuju untuk menerima tawaran tersebut

MALAYSIA TELAH RUGI RM4.6 TRILION DALAM MASA 26 TAHUN AKIBAT RASUAH- PMX

Image
  MINGGU lalu, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agensi kerajaan untuk menyiasat laporan kerugian berjumlah RM4.5 trilion akibat ketirisan dalam tempoh 26 tahun lalu. Angka RM4.5 trilion amat besar, 11.6 kali ganda lebih daripada bajet negara dalam satu tahun. Dengan sedikit penyiasatan dan pengiraan terhadap laporan yang diterbitkan oleh EMIR Research, dakwaan bahawa ketirisan mengakibatkan kerugian jumlah sebesar itu sebenarnya tidak mempunyai asas kukuh. Sebagai contoh, kajian tersebut menyatakan bahawa anggaran kerugian akibat rasuah bernilai RM572 bilion pada tahun lalu dan ia bersamaan dengan 32 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau dikenali sebagai Gross Domestic Product (GDP). GDP yang merupakan persoalan teras untuk mana-mana ahli ekonomi bagi memahami keadaan ekonomi sesebuah negara dipecahkan mengikut sektor ekonomi dan kategori perbelanjaan. Berdasarkan laporan Kementerian Kewangan tahun lalu, perbelanjaan negara pada

KISAH BENAR! “Suami Saya Ada Boyfriend, Tapi Saya Okey Sebab Dia Baik Sangat” – PUTERI

Image
 KISAH BENAR! “Suami Saya Ada Boyfriend, Tapi Saya Okey Sebab Dia Baik Sangat” – PUTERI Dipendekkan cerita, Puteri mengenali Nik melalui seorang kawan ketika menghadiri majlisnya kira-kira lima tahun yang lalu. Daripada bertukar-tukar nombor telefon, mereka akhirnya menjadi rapat dan akhirnya bercinta secara serius. Nik orangnya memang segak dan sentiasa menjaga penampilan diri. Bekerja sebagai peniaga online dan sangat berbudi-bahasa membuatkan Puteri tertarik dengannya. Malah, ketika mereka mengenali dari awal lagi, Nik menyatakan hasratnya memang untuk memperisterikan Puteri. Dia tidak mahu main-main. Dan, Puteri yang waktu itu baru saja putus tunang tidak berfikir panjang dan menerima kehadiran Nik sebagai suratan takdirnya untuk menggantikan kekosongan hati. Puteri tua setahun daripada Nik. Namun, Nik sangat matang dan seorang yang bertanggungjawab. Apabila diperkenalkan kepada kedua orang tua Puteri juga, orang tuanya terus berkenan. Komen mereka, Nik seorang lelaki yang budiman