Posts

Showing posts from November, 2023

35,000 tan bom telah digugurkan tentera rejim zionis

Image
  35,000 tan bom telah digugurkan tentera rejim zionis ANGKA  korban di kalangan warga Palestin di Semenanjung Gaza akibat serangan dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza terus meningkat kepada 10,022 orang temasuk 4,014 kanak-kanak. Sehingga hari ini dianggarkan sebanyak 35,000 tan bom telah digugurkan tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza. 2. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus mengebom perkarangan kesemua hospital-hospital yang masih beroperasi di Semenanjung Gaza malam semalam seperti Hospital Al-Quds, Hospital Indonesia, Hospital Al-Shifa, Hospital Al-Karama dan Hospital Kanak-Kanak Al-Nasr. Sehingga hari ini sebanyak 16 buah hospital terpaksa menghentikan operasi di Semenanjung Gaza. 3. Semalam tentera pengganas rejim zionis dengan amat ganas melancarkan serangan udara dan mengebom wilayah dan bandar-bandar di Semenanjung Gaza yang menyasarkan 450 sasaran seperti di bandar Gaza, Khanyounis, Rafah, Deir

Menteri Pendidikan tidak serius isu Palestin

Image
  Menteri Pendidikan tidak serius isu Palestin KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, kesal dengan tindakan Menteri Pendidikan yang menjadikan tiga minit terakhir penggulungan kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini, untuk mengupas isu Minggu Solidariti Palestin. Beliau berkata, tindakan itu menyebabkan masa tidak cukup untuk mengungkapkan segala-galanya berhubung garis panduan berkaitan Minggu Solidariti Palestin yang perlu diikuti oleh setiap sekolah. “Kita kesal dengan cara Menteri Pendidikan membuat penggulungan tadi yang kita melihat bahawa beliau tidak serius sebenarnya membangkitkan isu ini,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini. Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat menegur Menteri Pendidikan supaya lebih serius mengenai perkara itu dan tidak berlakon dengan menampilkan emosi yang tidak sepatutnya atas nama isu Palestin. Katanya, seharusnya tidak ada sebarang isu dalam laungan takbir dan bacaan Qunut Nazillah memandangkan

Menteri Isra*l mahu guna b*m nukle*r ratakan G*za

Image
  Menteri Israel mahu guna bom nuklear ratakan Gaza TEL AVIV – Menteri Warisan Israel, Amichai Eliyahu digantung daripada tugasnya selepas mengusulkan Rejim Zionis menggugurkan bom nuklear di Semenanjung Gaza, lapor laman berita Middle East Monitor semalam. Awal semalam, akhbar Times of Israel melaporkan bahawa menteri berfahaman ekstrem daripada parti ekstremis, Otzma Yehudit itu berkata demikian dalam satu temu bual bersama  Radio Kol Berama. Dia menyebut penggunaan senjata nuklear sebagai salah satu alternatif bagi menamatkan perang Palestin-Israel. Eliyahu turut menyatakan bahawa lebih dua juta populasi Palestin di Semenanjung Gaza boleh pergi ke Ireland atau mana-mana gurun serta mencari penyelesaian sendiri bagi konflik kemanusiaan yang dihadapi. Susulan  temu bual itu, Eliyahu tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat kabinet bagi tempoh masa yang belum diputuskan. Bagaimanapun selepas dikenakan ‘hukuman’ tersebut, Eliyahu mengeluarkan kenyataan susulan yang mendakwa komennya itu ha

Tangkap Suami Checkin Dengan Lelaki, Wanita Gembira Mahkamah Sahkan Penceraian

Image
  Tangkap Suami Checkin Dengan Lelaki, Wanita Gembira Mahkamah Sahkan Penceraian Kata orang, kita hanya benar-benar mengenali peribadi pasangan kita selepas berkahwin dan tidur sebantal. Namun siapa sangka bagi wanita bernama Meylisa Zaara, dia malah mengetahui sisi gelap suaminya yang benar-benar mengejutkan hinggakan rumah tangganya menjadi goyah. Selepas kahwin, suami kerap mengelak & akan marah ketika disentuh Sekitar September tahun lalu, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis yang cukup mewah. Namun hanya selepas 2 bulan bernikah, Meylisa pelik dengan perubahan sikap suaminya yang tidak suka didekati apalagi disentuh. Walhal ketika zaman bercinta, lelaki itu melayaninya dengan cukup baik. Akhirnya segala pekung terbongkar, si suami rupanya mempunyai skandal yang merupakan golongan ‘sejenis’. Rakan baik suami adalah pasangan skandal ‘sejenis’ Paling menyedihkan, ‘orang ketiga’ itu merupakan kawan baik kepada suaminya sendiri yang juga menjadi salah seor

Wanita Hamil 7 Bulan Temui Ajal Dikelar Bapa Mentua Kerana Ajakan Untuk Bersama Ditolak

Image
 Wanita Hamil 7 Bulan Temui Ajal Dikelar Bapa Mentua Kerana Ajakan Untuk Bersama Ditolak Entah syaitan yang merasuki diri, seorang lelaki berusia 52 tahun dilaporkan tergamak mengakhiri hayat menantu perempuannya yang sarat hamil 7 bulan. Kejadian pilu itu telah berlaku di Pelembang, Indonesia pada 31 Oktober lalu kira-kira jam 4 petang. Kesal ajakan bersama ditolak Menurut portal  Detik Sumsel , Khoiri dipercayai mengajak Fitria, 23, untuk melakukan hubungan badan terlarang meskipun ia jelas-jelas bertentangan dengan syarak. Walau bagaimanapun, tindakan Fitria menolak kehendak gila itu telah membuatkan Khoiri menjadi marah sehingga hilang pertimbangan diri. Khoiri melarikan diri ke rumah jiran setelah menganiaya Fitria Menggunakan satu alatan yang diambil dari dapur, suspek melakukan ‘penganiayaan’ pada bahagian leher menantunya sebelum melarikan diri ke rumah jiran. Bertindak menyorok dan mengunci diri dalam sebuah bilik, awalnya penduduk kampung yang sudah berkerumun di luar tidak b