Posts

Showing posts from June, 2023

Tabung gas oksigen meletup punca tiga beranak melecur

Image
  Tabung gas oksigen meletup punca tiga beranak melecur ALOR SETAR - Dua tabung gas oksigen yang meletup menjadi punca tiga beranak melecur dalam kejadian  kereta terbakar  di Taman Industri Ringan Sri Mergong, dekat sini pada Selasa. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berdasarkan siasatan, ketiga-tiga mangsa dari Kampung Pinang, Pedu telah pergi ke lokasi kejadian untuk mengisi dua tabung gas oksigen bantuan pernafasan bagi kegunaan sendiri. -ADVERTISEMENT- "Selepas mengisi gas, mangsa membawa dua tong gas terbabit ke dalam kereta untuk dibawa pulang ke kampung isterinya di Kempas, Johor. "Secara tiba-tiba kedua-dua tong gas tersebut dipercayai meletup sehingga mengakibatkan kebakaran kenderaan jenis Proton Wira," katanya kepada media pada Selasa. Jelas Ahmad Shukri, mangsa yang cedera parah dikenal pasti sebagai Tuah Omar, 54, dan anaknya, Muhammad Firdaus Syawal Abdullah, 5, kini dirawat di Zon Merah Hospital Sultanah Bah

Guru maut, tersepit dalam Viva

Image
  Guru maut, tersepit dalam Viva TEMERLOH - Seorang guru maut akibat tersepit dalam kereta selepas terlibat dalam nahas dua buah kenderaan di Jalan Temerloh-Mentakab di sini pada Rabu. Mangsa, R Ganasan, 44, yang bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil(SJKT) Jerantut meninggal dunia di tempat kejadian. -ADVERTISEMENT- Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, nahas melibatkan kereta jenis Perodua Viva yang dipandu mangsa dan sebuah lori balak tanpa muatan. Menurutnya pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.39 pagi. "Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh dikerahkan ke tempat kejadian bersama dua jentera. "Sampai di lokasi didapati benar berlaku kemalangan melibatkan lori balak tanpa muatan yang melanggar kereta terbabit.   "Terdapat seorang mangsa yang tersepit dalam kereta tersebut dan pemandu lori hanya mengalami kecederaan ringan. "Pemandu kereta Viva te

Dua beradik maut kemalangan

Image
  Dua beradik maut kemalangan Kuantan: Dua beradik maut selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan lori tangki minyak di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran lampu isyarat Felda Lepar Hilir di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dua mangsa terbabit, Siti Mazurah Zulkifli, 30, dan Siti Nur Alia Saffiyah, 18, meninggal dunia di tempat kejadian. Katanya, berdasarkan laporan, kemalangan berlaku membabitkan dua kenderaan, kira-kira 11 malam. "Siasatan awal mendapati, lori yang membawa muatan bahan api petroleum dari arah Muadzam Shah menuju ke sebuah stesen minyak di Gambang. "Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu lori dipercayai hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu memasuki ke laluan bertentangan lalu melanggar Proton Wira dari arah bertentangan. "Akibat kemalangan itu, dua mangsa yang menaiki Proton Wira itu maut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. "Siasatan awal mendapati kemal

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 sebelum Aidiladha

Image
  Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 sebelum Aidiladha Kuala Lumpur: Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 dijangka disalurkan kepada penerima yang layak sebelum Aidiladha ini. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran itu membabitkan peruntukan melebihi RM2 bilion dan akan memanfaatkan lebih lapan juta penerima. "Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 yang melebihi RM2 bilion dan bilangan penerima lapan juta itu akan disalurkan sebelum Hari Raya Haji, Insya-Allah. "Dan juga e-Belia sebanyak RM200 membabitkan mereka yang berusia 18 hingga 21 tahun akan disalurkan sebelum sebelum minggu ketiga bulan ini," katanya ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat di sini, hari ini. Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang bertanyakan pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan dalam pendekatan serta tata kelola undang-undang atau peraturan untuk mengekang ketirisan dan kebocoran wang awam selain adakah kerajaan akan meneruskan pelapor

Warga Emas Disahkan Mati Hidup Semula Lepas Terjaga & Ketuk Keranda

Image
  Warga Emas Disahkan Mati Hidup Semula Lepas Terjaga & Ketuk Keranda Kementerian Kesihatan Ecuador telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat kejadian tersebut dan mereka akan memantau penjagaan Montoya. Mesti ramai pernah mendengar ayat ‘mati hidup semula’ yang kebiasaannya dijumpai dalam lirik lagu sebagai bahasa kiasan. Ayat tersebut tidak membawa makna yang orang sudah meninggal dunia akan hidup semula, namun siapa sangka perumpamaan itu benar-benar terjadi. Warga emas disahkan meninggal dunia terjaga dalam keranda Seperti baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu kejadian luar biasa apabila seorang wanita warga emas di Ecuador, Amerika Selatan yang disahkan meninggal dunia telah ‘terjaga’ di dalam keranda sendiri ketika upacara pengebumiannya, lapor  The Economics Times . Menerusi perkongsian video di akaun Twitter  @ElInformanteMX , kelihatan warga emas yang dikenali sebagai Bella Montoya berusia 76 tahun itu berada dalam keranda yang terbuka dalam kead

Intan Serah Sah Sertai NYDLFC, Jadi Pemain Wanita Bola Sepak Pertama Malaysia Beraksi Di Luar Negara

Image
  Intan Serah Sah Sertai NYDLFC, Jadi Pemain Wanita Bola Sepak Pertama Malaysia Beraksi Di Luar Negara Menurut kelab NYDLFC, pada awalnya terdapat sedikit penangguhan disebabkan visa namun semua sudah selesai dan Intan Serah telah sah menyertai mereka. Setiap atlet kebangsaan sudah tentunya ingin melangkah jauh untuk mengharumkan nama Malaysia. Begitulah juga pemain bola sepak wanita negara ini iaitu Intan Serah Anisah Zulgafli yang kini sah beraksi bersama sebuah kelab luar negara. Berita gembira itu dimaklumkan oleh kelab New York Dutch Lions FC (NYDLFC), Amerika Syarikat menerusi akaun Instagram rasminya pada 12 Jun lalu. Tanda tangan persetujuan sertai kelab NYDLFC Menerusi hantaran tersebut kelab berkenaan memaklumkan Intan yang berusia 24 tahun telah menandatangani persetujuan untuk menyertai kelab luar negara itu. “Pemain kebangsaan Malaysia Intan Serah akan bermain untuk NYDLFC! “Terdapat sedikit penangguhan disebabkan visa yang diperlukan daripada pihak kedutaan, namun semua p

Lelaki dituduh rogol, liwat tiga anak

Image
Lelaki dituduh rogol, liwat tiga anak Kuala Terengganu: Lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol, meliwat dan melakukan seks luar tabii terhadap tiga anaknya. Tertuduh yang berusia 38 tahun itu membuat pengakuan itu selepas tujuh pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman. Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 13 tahun. Dia turut berdepan tiga lagi pertuduhan melakukan perhubungan seks terhadap anaknya yang berusia 12 tahun. Tertuduh turut berdepan dua lagi pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang lagi mangsa yang berusia sembilan tahun. Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di sebuah rumah di daerah Kuala Nerus antara Februari 2022 hingga Mei lalu. Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 377CA KK dan 377C KK berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Sejurus pen

Kuza, Kunie diarah fail pembelaan sebelum 5 Julai

Image
  Kuza, Kunie diarah fail pembelaan sebelum 5 Julai Kuala Lumpur: Pelakon adik-beradik, Kuza dan Kunie diarah Mahkamah Sesyen, di sini untuk memfailkan pembelaan terhadap saman fitnah yang dikemukakan terhadap mereka. Saman oleh bekas abang ipar yang juga Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar dan anak lelakinya selepas dakwaan kakak mereka, Tengku Sarina Tengku Mohd Muzani atau Kuna tidak dibenar bergambar dengan tetamu kehormat dalam satu majlis perkahwinan anaknya kerana berstatus janda. Perkara itu dimaklumkan peguam, Aizul Rohan Anuar yang mewakili Kuza atau nama sebenarnya Tengku Sariza Tengku Mohd Muzani dan adiknya, Tengku Sariwani atau Kunie pada pengurusan kes hari ini. "Mahkamah mengarahkan supaya pembelaan itu difailkan sebelum atau pada 5 Julai ini. Kes ditetapkan untuk pengurusan kes pada 21 Julai ini," katanya ketika dihubungi selepas prosiding secara dalam talian di hadapan Hakim Azian Othman. Sementara itu, peguam Datuk Adnan Seman yang

Mayat bayi ditemukan terapung di laut tanpa pakaian

Image
  Mayat bayi ditemukan terapung di laut tanpa pakaian Kota Kinabalu: Mayat bayi masih belum dikenal pasti jantina ditemukan terapung di laut di perkampungan atas air, Kampung Tanjung Aru Lama, di sini, petang tadi. Bayi malang itu ditemukan 6.30 petang oleh penduduk kampung yang melalui jambatan kayu di kampung berkenaan sebelum bertindak menghubungi polis. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan Kalsom Idris berkata, sebaik menerima laporan mengenai penemuan mayat bayi terbabit, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian untuk siasatan. Katanya, bayi itu ditemui terapung tanpa pakaian di laut dekat jambatan di perkampungan atas air berkenaan. "Siasatan awal mendapati bayi itu dipercayai baru dilahirkan namun setakat ini belum ada apa-apa maklumat lanjut mengenai kejadian itu. "Bayi terbabit juga disyaki dibuang ke laut selepas dilahirkan," katanya ketika dihubungi, hari ini. Kalsom berkata, mayat bayi dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk b

Pemuda OKU Dibuang Keluarga Kandung, Pembantu Rumah Bawa Balik & Jaga Macam Anak Sendiri

Image
  Pemuda OKU Dibuang Keluarga Kandung, Pembantu Rumah Bawa Balik & Jaga Macam Anak Sendiri Pemuda dari Taiwan yang dikenali sebagai Sha Wang, 26, merupakan OKU Sindrom Down. Tetapi apa yang menyedihkan, dia dibenci oleh keluarganya sendiri sehingga mereka pernah cuba menyuntik bahan berisiko yang mampu menamatkan hayatnya. Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu turut disaksikan oleh pembantu rumah pasangan ini iaitu Siti Aisyah. Setelah enam tahun, Aisyah yang tidak sanggup melihat penderitaan Sha Wang akhirnya nekad membawa pemuda itu pulang ke Indonesia untuk hidup bersamanya dan keluarga. Meskipun Aisyah bergelut dengan masalah kewangan, namun dia tetap bekerja keras demi menyara Sha Wang dan tiga anaknya yang lain. Pembantu rumah difitnah Selama empat tahun, Aisyah membesarkan anak majikannya itu tanpa gaji. Ujar Aisyah lagi, kos perbelanjaan Sha Wang termasuk lampin pakai buang, ubat-ubatan dan sebagainya mencecah RM1000 sebulan namun itu bukanlah alasan untuk dia mengabaikan

Enam bulan hilang di Makkah, Cikgu Musthafa disahkan meninggal dunia

Image
  Enam bulan hilang di Makkah, Cikgu Musthafa disahkan meninggal dunia BATU PAHAT - Penantian selama enam bulan keluarga Musthafa Kamal Abdullah, 49, yang dilaporkan hilang di Makkah berakhir apabila mendapat perkhabaran jemaah berkenaan disahkan meninggal dunia oleh Kedutaaan Malaysia. Anaknya, Muhammad Nabel, 26, berkata, walaupun berat ujian diterima namun dia sekeluarga tetap reda dengan pemergian ayah yang merupakan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Raja. -ADVERTISEMENT- "Saya sebak apabila dihubungi Kedutaan Malaysia pagi 11.40 pagi Jumaat memaklumkan berita kematian ayah di Makkah. Saya terus memaklumkan kepada ibu, Zurina Muhammad@Shamsuddin, 49 dan empat orang adik. "Saya diberitahu oleh pihak kedutaan di sana yang ayah sebenarnya telah meninggal dunia pada 13 Febuari lepas, melalui pengesahan biometrik dan segala pengurusan jenazah telah selesai, termasuk pengebumiannya," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Sri Gading, di sini pada Sabtu. Pada 6

Maut diheret bas ekspres sejauh 20 meter

Image
  Lelaki maut digilis bas ekspres ketika lintas lebuh raya SEREMBAN - Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas digilis sebuah bas ekspres ketika melintas jalan di Kilometer 263.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini pada Jumaat. Kejadian jam 9.20 malam itu menyebabkan mangsa, Nay Than Soe, 24, digilis sejauh 20 meter dalam kemalangan yang turut membabitkan dua kereta iaitu sebuah Toyota Altis dan Perodua Alza. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Taware berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila Toyota Altis sedang bergerak di lorong paling kanan lebuh raya dari arah Rembau menuju ke arah Setia Alam. "Namun sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa telah cuba melintas dari arah bahu kiri jalan menuju ke tembok tengah pembahagi lebuh raya di hadapan Toyota Altis. "Ia menyebabkan kereta dipandu lelaki berusia 42 tahun itu cuba membrek, namun terlanggar mangsa yang mengakibatkannya tercampak ke lorong tengah lebuh raya," katany

Rosmah nafi minta barang kemas daripada syarikat Lubnan

Image
  Rosmah nafi minta barang kemas daripada syarikat Lubnan KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor menafikan meminta barangan kemas bernilai jutaan ringgit seperti yang didakwa syarikat barang kemas dari Lubnan, Global Royalty Trading SAL. Isteri bekas perdana menteri itu melalui pernyataan pembelaannya yang difailkan semalam, menegaskan tujuan barang kemas diserahkan kepadanya adalah bagi manfaat dan keuntungan syarikat berkenaan sendiri untuk menarik publisiti serta kredibiliti dalam kalangan pembeli. Rosmah berkata, barang kemas itu diserahkan kepadanya untuk dilihat atas kehendak dan kerelaan syarikat terbabit (selaku plaintif) tanpa ada kewajipan baginya (Rosmah) untuk membeli. Katanya, oleh kerana beliau pada masa itu adalah isteri kepada perdana menteri, maka terdapat perniagaan seperti plaintif yang inginkan publisiti berhubung produk dan ingin dirinya menjadi pelanggan mereka. "Saya menegaskan bahawa klausa wujud di atas memorandum bertarikh 22 Mei 2018 yang dirujuk plainti