Posts

Mahkamah Rayuan Perancis tolak tuntutan Kumpulan Sulu terhadap Malaysia

Image
  Mahkamah Rayuan Perancis tolak tuntutan Kumpulan Sulu terhadap Malaysia KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Perancis hari ini mengekalkan keputusan menolak penguatkuasaan 'Partial Award' kepada kumpulan mendakwa sebagai waris Sulu yang sebelum itu diputuskan penimbang tara, Dr Gonzalo Stampa pada 2020. Keputusan itu memberikan kemenangan muktamad kepada Malaysia untuk menegakkan undang-undang, sekali gus menolak tuntutan tidak masuk akal dikemukakan Kumpulan Sulu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata melalui keputusan mahkamah itu, ini bermakna pihak yang menuntut itu tidak lagi boleh bergantung kepada keputusan salah yang dibuat di Perancis pada Februari 2022 atas apa-apa tujuan. Katanya, Mahkamah Rayuan Paris juga mendapati penimbang tara itu terkhilaf dalam bidang kuasanya. "Ia adalah keputusan yang muktamad dan utama, kemenangan untuk Malaysia menegakkan undang-undang, yang menyebabkan kekalahan

Remaja Lelaki 15 Tahun Dicabul Dalam Tandas Pusat Beli-Belah

Image
  Remaja Lelaki 15 Tahun Dicabul Dalam Tandas Pusat Beli-Belah Pihak polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing yang didakwa mencabul seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di sebuah tandas di pusat membeli-belah di Cheras, kelmarin. Menurut Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, suspek dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh itu ketika mangsa sedang mengikat tali kasutnya. Suspek bertindak memeluk mangsa dari arah belakang dan meraba badannya selain memegang punggung dan mencium pipi mangsa. Pengadu yang panik dan terkejut dengan tindakan suspek bertindak keluar dari tandas. Suspek mengikut dari arah belakang bertindak memegang kemaluan pengadu. Mangsa kemudian menuju ke arah ibunya menyebabkan suspek melarikan diri. Menurut sumber, suspek telah ditahan polis dan direman selama lima hari untuk siasatan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta 792, Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap Kanak-kanak 2017.

Peningkatan OPR bantu kukuhkan nilai mata wang negara - Anwar

Image
  Peningkatan OPR bantu kukuhkan nilai mata wang negara - Anwar KUALA LUMPUR - Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) akan membantu memperkukuhkan nilai mata wang negara. Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan OPR atau kadar faedah yang terlalu pantas akan mendatangkan kesan negatif kepada rakyat terutamanya peniaga. “OPR ini dari masa kerajaan dahulu diputuskan sepenuhnya oleh BNM. Setakat ini, baru sekali naik. Tahun lalu empat kali naik. "Kita harus akui bahawa kenaikan OPR ini membantu untuk mengukuhkan nilai mata wang negara," katanya di Dewan Rakyat semasa Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) pada Selasa. Beliau berkata demikian semasa soalan tambahan oleh Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (PN-Putrajaya) yang ingin mengetahui adakah OPR akan meningkat dalam tempoh terdekat. Selain itu, Anwar memaklumkan bahawa kejatuhan kadar pertukaran ringgit yang dialami sebahagian besarnya didorong oleh

Remaja menipu diculik untuk dapat RM100,000 dibebaskan dengan jaminan polis

Image
  Remaja menipu diculik untuk dapat RM100,000 dibebaskan dengan jaminan polis Ampang Jaya: Reka cerita dirinya diculik dengan menaip sendiri mesej meminta wang tebusan RM100,000 daripada keluarganya. Itu helah dilakukan remaja perempuan yang enggan dikongkong dan mahu hidup bebas sehingga sanggup menipu ahli keluarga, kononnya dia menjadi mangsa culik. Dalam kejadian 1.30 tengah hari semalam, remaja berusia 19 tahun itu pada mulanya keluar bersama keluarganya di pusat beli-belah di Ampang sebelum memberitahu mahu ke tandas. Menurut sumber, bagaimanapun selepas dua jam menunggu, remaja itu tidak kelihatan menyebabkan bapanya mencari di seluruh pusat beli-belah itu namun tidak menemuinya. "Tidak lama kemudian mereka menerima mesej WhatsApp daripada telefon bimbit anaknya meminta supaya menyerahkan wang tunai RM100,000 jika mahu anaknya selamat. "Ibu bapanya yang bimbang dengan keselamatan remaja itu kemudian tampil membuat laporan polis," kata sumber. Bagaimanapun, hasil s

Persahabatan 2 remaja berakhir di satu liang kubur

Image
  Persahabatan 2 remaja berakhir di satu liang kubur JERANTUT – Dua remaja berusia 13 tahun yang lemas di Sungai Putat kelmarin merupakan sahabat karib sejak kecil dan menetap di kampung sama iaitu di Kampung Sungai Putat di sini. Dalam kejadian itu, mangsa Muhamad Safwan Mohamad Zamri dan Mohamad Hanapi Romzi ditemui lemas di Sungai Putat pada pukul 5.40 petang selepas mandi di sungai berkenaan pada pukul 11 pagi. Bapa Mohamad Safwan, Mohamad Zamri Shamsuddin, 47, berkata. anaknya berkawan rapat Mohamad Hanapi sejak kecil termasuk belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah yang sama. Dia berkata, ketika kejadian, dia tiada di rumah kerana keluar bekerja dan diberitahu oleh penduduk kampung mengenai kejadian menimpa anaknya itu kira-kira pikul 3 petang. Menurutnya lagi, kali ter­akhir dia berjumpa dengan anak­nya ialah pada malam sebelum ­kejadian, namun tiada perkara pelik dilakukan oleh Mohamad Safwan. Namun katanya, anak kedua daripada tiga beradik itu kelihatan mendiamkan diri

Jual tanah kerajaan bernilai RM29 juta pada harga RM550,000

Image
  Jual tanah kerajaan bernilai RM29 juta pada harga RM550,000 Dungun: Pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said mencabar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar untuk berdebat berhubung isu penjualan tanah kerajaan negeri kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Ahmad berkata, tindakan menteri besar itu tidak betul kerana menjualkan tanah itu dengan harga sangat rendah. "Saya nak tanya betul ke tidak betul, nilai semasa tanah itu bernilai RM29 juta dan diberi kepada NGO dengan harga RM 550,000. "Bagi saya itu pengkhianatan, dan saya cabar Menteri Besar (Ahmad Samsuri) berdebat dengan saya. "Saya pernah kerja sebagai Penolong Pegawai Daerah bahagian tanah, saya tandatangan beribu-ribu keping geran tanah, saya tahu undang-undang dan peraturan tanah," katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Negeri (PRN) Barisan Nasional (BN) Parlimen Dungun, malam tadi. Ahmad berkata, selepas kekalahan BN dalam Pilihan Ray

Kajian- Anwar Ibrahim pilihan paling popular jadi PM

Image
  SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 pada 24 November tahun lalu merupakan pilihan tertinggi sebagai individu yang paling sesuai menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dapatan tersebut adalah hasil kaji selidik oleh pusat penyelidikan pendapat awam, Endeavour-MGC yang didedahkan pada Selasa. Kajian itu menggunakan persampelan rawak berstrata membabitkan 1,068 responden, 791 daripadanya adalah responden Melayu. Menurut Endeavour-MGC, 46 peratus responden daripada semua kaum dan 32 peratus responden Melayu mahu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu memimpin negara untuk tempoh sekarang. Selain itu, Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menjadi pilihan kedua sebagai Perdana Menteri apabila mendapat undian 25 peratus responden Melayu dan 17 peratus responden semua kaum. Tambah dapatan itu lagi, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menduduki tangga ketiga dan diikuti bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Baka